Tuesday, January 1, 2008

Akan Datang - Kerana Karina 2!


by gua.com.my

31 Dis 2007
Berita baik untuk semua peminat Kerana Karina! Tahun 2008 akan menyaksikan kemunculan musim kedua drama bersiri online Malaysia yang pertama ini. Berita yang tentu menggembirakan ribuan peminat telah disampaikan oleh pengurus besar (portal gaya hidup) Alt Media, M. Zulkifli pagi tadi ketika ditemubual di rancangan Malaysia Hari Ini, TV3.

“Oleh kerana sambutan hangat yang kami terima dan pemintaan peminat-peminat, kami telah memetuskan untuk menerbitkan musim kedua siri Kerana Karina yang sekali lagi hanya akan ditayangkan di gua.com.my,” kata Zulkifli.

Sambungnya lagi, drama yang terbitkan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd akan menampilkan hampir kesemua bintang-bintang yang muncul dalam musim pertama. “Pada masa yang sama, kami juga akan memperkenalkan beberapa muka baru yang akan pasti menghangatkan lagi Kerana Karina.”

Kerana Karina menceritakan kisah penyanyi baru Karina (Marsha Londoh) yang sedang meningkat naik dan terpaksa menempuh pelbagai halangan dalam mengejar cinta dan cita-cita beliau. Turut membintangi ialah Zizan Nin, Sazzy Falak, Bell Ngasri, Roslan Aziz, Alan Yun, Chelsia Ng, Razally Hussain dan Elaine Daly.

No comments: