Tuesday, May 13, 2008

Wednesday, May 7, 2008

Kembalinya Karina



by Li Ee Kee

8 Mei 2008
Episod terakhir meninggalkan seribu persoalan. Karina membuat keputusan untuk mengorbankan cinta sejatinya, Imran, bagi mengejar impiannya. Ah, tidak! Mana mungkin pasangan ini tidak bersama pada akhirnya? Tetapi itulah yang dinamakan ‘cliffhanger’ dan seterusnya membuka jalan untuk penghasilan musim kedua ‘Kerana Karina’. Ya! ‘Kerana Karina’ kembali berjumpa peminat setia di gua.com.my (GUA) bermula 16 Mei ini.
Berita baik ini telah disampaikan oleh pengurus besar portal gaya hidup Alt Media Sdn Bhd M Zulkifli Abdul Jalil kepada rakan media semalam di dalam satu sidang akhbar.
“Bila kami melancarkan ‘Kerana Karina’ tahun lepas, kami tidak mempunyai harapan yang menggunung kerana formatnya yang berlainan dan ia dibuat khas untuk siaran Internet. Tetapi ia berjaya menarik perhatian peminat drama, seramai 834,000 penonton.
“Kejayaannya membuktikan yang ramai boleh menerima format episod pendek. Untuk ‘Kerana Karina 2’, kami sasarkan 1.2juta penonton,” kata M Zulkifli yang turut mengumumkan pembabitan jenama terkenal KAO Laurier sebagai penaja ‘Kerana Karina 2’. Lebih mengejutkan lagi pengumumannya yang KAO Laurier juga akan menaja ‘Kerana Karina 3’! It’s a trilogy!
Arahan Aidilfitri Mohamed Yunos, ‘Kerana Karina 2’ mengekalkan barisan pelakon yang asal, Marsha Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Bell Ngasri, Roslan Aziz dan Chelsia Ng. Bagi memantapkan lagi musim kedua drama ini, watak-watak baru diperkenalkan yang dimainkan pelakon-pelakon popular Norman Hakim dan Diana Rafar.
Turut diketengahkan bakat-bakat baru iaitu Nabil (Mentor) dan Tunku Tiara (OIAM). Kehadiran mereka (kecuali Bell kerana sibuk menjaga ibu dan dua orang adik perempuannya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini) semalam telah menyerikan majlis tersebut.
Ditanya tentang kekuatan ‘Kerana Karina 2’, Aidilfitri memberitahu musim kedua menjanjikan jalan cerita yang lebih dramatik dan aksi yang mendebarkan.
“Watak Bell, yang nyata disukai ramai, telah diperkembangkan. Bell dan Sazzy mempunyai peranan yang lebih besar dan penting dalam musim ini. Kesudahan kali ini juga lebih tragis. Jadi anda harus menontonnya.”
Tetapi yang lebih menarik sememangnya pertukaran karektor Karina dari seorang gadis lurus dan baik menjadi jahat.
“Memang sukar memainkan watak jahat. Tapi saya selalu dapat watak yang baik jadi ia satu cabaran untuk memainkan watak yang jahat. Ia mampu menonjolkan kepelbagaian pada lakonan saya,” jelas Marsha.
Dan bukan dikatakan cinta sejati jika tidak menghadapi dugaan. Kali ini, percintaan Karina dan Imran tergugat dengan kehadiran Taufiq, lakonan Norman Hakim, dan Zelfa, yang dimainkan Tunku Tiara.
Semasa sidang media semalam, para hadirin juga berkesempatan menyaksikan dua episod pertama ‘Kerana Karina 2’. Baru dua episod tetapi memang drama lah lebih-lebih lagi dengan penampilan pertama Zelfa, musuh kerjaya dan cinta Karina.
Bagi mereka yang terlepas peluang menonton musim pertama ‘Kerana Karina’, ada satu lagi berita baik buat anda. Disebabkan permintaan yang banyak daripada peminat yang ingin mendapatkan ‘Kerana Karina’ dalam bentuk DVD atau VCD, GUA telah menerbitkan DVD ‘Kerana Karina’. Antara ciri bonusnya termasuk muzik video ‘Yang Mana’, lagu tema musim pertama, nyanyian Marsha, temuramah dengan para pelakon dan disebalik tabir. Ia boleh didapati di pasaran bermula awal bulan depan dengan harga RM13.90. Tetapi mereka yang hadir pada sidang media semalam, ia diberikan secara percuma.
Dengan pelancaran drama ‘Kerana Karina 2’ sudah tentu ada tema lagu baru yang mengiringinya. Ciptaan Johan Nawawi dan M Zulkifli, lagu ‘Tiada Sekali’ akan dinyanyikan Tunku Tiara. ‘Tiada Sekali’ bersama ‘Yang Mana’ dan empat lagu lain akan dikumpulkan dalam sebuah album soundtrack digital ‘Kerana Karina’ yang boleh didapati secara eksklusif di guamuzik.com.my bermula 16 Mei.
Drama 24-episod ini akan mula disiarkan pada 16 Mei dengan episod baru pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. ‘Kerana Karina 2’ juga boleh ditonton melalui telefon mudah alih 3G di GUA Mobile dengan hanya mendial *32223.

Friday, May 2, 2008

Tuesday, January 1, 2008

Akan Datang - Kerana Karina 2!


by gua.com.my

31 Dis 2007
Berita baik untuk semua peminat Kerana Karina! Tahun 2008 akan menyaksikan kemunculan musim kedua drama bersiri online Malaysia yang pertama ini. Berita yang tentu menggembirakan ribuan peminat telah disampaikan oleh pengurus besar (portal gaya hidup) Alt Media, M. Zulkifli pagi tadi ketika ditemubual di rancangan Malaysia Hari Ini, TV3.

“Oleh kerana sambutan hangat yang kami terima dan pemintaan peminat-peminat, kami telah memetuskan untuk menerbitkan musim kedua siri Kerana Karina yang sekali lagi hanya akan ditayangkan di gua.com.my,” kata Zulkifli.

Sambungnya lagi, drama yang terbitkan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd akan menampilkan hampir kesemua bintang-bintang yang muncul dalam musim pertama. “Pada masa yang sama, kami juga akan memperkenalkan beberapa muka baru yang akan pasti menghangatkan lagi Kerana Karina.”

Kerana Karina menceritakan kisah penyanyi baru Karina (Marsha Londoh) yang sedang meningkat naik dan terpaksa menempuh pelbagai halangan dalam mengejar cinta dan cita-cita beliau. Turut membintangi ialah Zizan Nin, Sazzy Falak, Bell Ngasri, Roslan Aziz, Alan Yun, Chelsia Ng, Razally Hussain dan Elaine Daly.

Wednesday, December 26, 2007

Kerana Karina Viewing Party



An exclusive screening of the last episode of Kerana Karina was held on Dec 11 at Sujana, Subang. KK also received the recognition as THE FIRST MALAYSIAN ONLINE DRAMA SERIES by the Malaysia Book of Records...

Friday, December 14, 2007